Pages

NOTA

REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK

Assalamualaikum murid - murid. Hari ni cikgu akan ajar kamu tajuk tahun 5 iaitu Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Cikgu pasti tajuk ni tajuk yang paling kamu semua suka sebab cikgu akan berikan kamu projek untuk kamu siapkan. Tapi sebelum kamu mulakan amali cikgu akan ajar kamu dahulu bagaimana dan apa yang perlu kamu tahu sebelum kamu memulakan projek amali ni. sebelum cikgu mulakan, cikgu mahu kamu tengok dahulu klip video ini


Menarik tak video tadi ? siapa cakap tak menarik cikgu tak bagi dia buat projek. hahaha. minggu depan cikgu tanya video apa cikgu tunjuk dalam kelas. Baiklah, pelajaran seterusnya cikgu upload pada entri yang seterusnya... :)


KAD KERJA

ape benda kad kerja ni ? kad kerja ni kad raya ke apa ? sebelum buat amali kena buat kad kerja ?

Mesti soalan - soalan di atas tu sedang bermain di fikiran kamu semua kan ? ok2 bawa bertenang semua. Cikgu akan ajar satu persatu sampai la kamu semua faham dan semua orang boleh buat projek masing - masing. Sebelum kamu semua memulakan projek amali kamu semua mesti kena tahu bagaimana nak baca kad kerja.

Baiklah, di dalam kad kerja terdapat TIGA (3) jenis lukisan iaitu :

  1. Rupa projek
  2. Lukisan berdimensi
  3. Lukisan terlerai
1. Rupa projek
  • rupa projek adalah lukisan keseluruhan yang menunjukkan projek yang akan dibuat. Ianya akan memberi gambaran awal tentang projek yang akan kamu semua buat nanti.
    2. Lukisan berdimensi
    • Lukisan ini adalah lukisan yang mempunyai ukuran pada setiap bahagian yang ada pada projek. 
      3. Lukisan terlerai
      • Lukisan terlerai adalah lukisan yang menunjukkan bahagian - bahagian yang ada pada projek yang akan dibuat. 

        Itu sahaja.. Senangkan ? kamu kena ingat tiga perkara sahaja iaitu lukisan - lukisan yang diatas. ok di bawah ni adalah contoh kad kerja dan projek yang akan kamu semua buat nanti.


        ALATAN TANGAN & BAHAN 

        Assalamualaikum semua..
        Baiklah pelajaran seterusnya kali ini ialah mengenai alatan tangan dan bahan yang diperlukan sebelum memulakan amali. Murid - murid semua sudah tahu apakah projek yang kita akan hasilkan iaitu kotak pensel. Jika kita tidak kenal alatan dan bahan yang diperlukan bagaimana kita nak siapkan kotak pensel tersebut. Pada entri kali ini, cikgu akan ajar kamu tentang beberapa jenis alatan tangan dan bahan yang akan kita gunakan untuk membuat projek kotak pensel kamu nanti. Antara alatan dan bahan yang akan kita gunakan ialah :

        TUKUL WARRINGTON
        - untuk mengetuk paku kecil

        Apit - G
        - Untuk mengapit bahan kerja


        Apron
        - Untuk melindungi baju daripada rosak

        Sesiku L
        - Untuk membuat garisan bersudut tepat

        Pensel 
        - Untuk menanda garisan pada permukaan bahan kerja


        Paku 
        - untuk mengikat dan menggabungkan bahan kerja

        okayy. Bila dah kamu semua dah tahu dan kenal dengan alatan dan fungsinya, barulah cikgu boleh benarkan kamu untuk membuat projek amali. Kita jumpa di Bengkel Kemahiran Hidup nanti :)



        DEMONSTRASI MEMBUAT KOTAK PENSEL

        Assalamualaikum semua.. entri sebelum ni kamu semua dikehendaki untuk menjawab kuiz yang cikgu sediakan, Jadi, siapa yang betul semua boleh la mulakan projek amali kamu. Entri kali ini cikgu upload Video Demonstrasi sebagai panduan untuk kamu membuat projek kotak pensel yang diberikan nanti. Selamat Menonton dan Selamat Mencuba !! :)



        0 comments:

        Post a Comment

         
        Copyright (c) 2010 Songkok Buruk and Powered by Blogger.